Döner kebab
Döner kebab

Döner kebab

Kebab döner (döner kebab dalam Bahasa Turki atau biasanya dipanggil kebab, döner, doner, donner, donair) yang secara harfiah bermakna "panggang berpusing" adalah nama digunakan pada sebuah hidangan dibuat dengan isi daging biri-biri (atau kambing), lembu atau ayam.Sesetengah orang telah membandingkan kebab doner dengan shawarma dan gyros, mungkin kerana daging serupa dapat digunakan, tetapi ia sangat berlainan dalam segi kepadatan dan/atau bentuk. Kebab doner biasanya dibalut dalam roti leper jenis tortilla, dan shawarma biasanya dalam pita atau bentuk sandwich. Gyros sentiasa dibalut dalam pita. Perbezaan pada kepadatannya juga amat besar. Gyros hampir selalu mengandungi ramuan sedikit yang sama. Kebab doner dan shawarma pula, boleh diletakkan ramuan salad seperti lobak atau kobis merah dan pudina segar dan juga beberapa sos berkrim ataupun sos panas.